, , , , ,

TIPS PENJAGAAN TUDUNG

00:20

Assalamualaikum dearies,
Post hari ini admin akan berkongsi cara menjaga shawl / tudung anda dengan betul.
Ramai remaja perempuan / wanita diluar sana tahu membeli dan memakai shawl , tetapi tidak tahu cara yang betul untuk menjaga dan mencuci shawl tersebut.

Cara penjagaan shawl yang betul dapat memudahkan kita untuk menggosok atau mengguna semula shawl tersebut dalam jangka masa yang lama. Tak ke gituu ??

Soalan PEMES admin terima oleh para pembeli ..

"bagaimana cara membasuh selendang dengan betul?"
"Macam mana eh nak jaga selendang ni supaya tak berbulu , tak rosak??"


Haaaa... Admin ada kunci jawapan untuk anda.

Kini anda jangan risau lagi kerana admin akan berkongsi beberapa tips dimana Tips ini juga telah dilakukan oleh pihak I-Lensa dan YES berhasil 🎉.
( 👏🏻👏🏻👏🏻 )





Kali ini admin berkongsi Tips Penjagaan Tudung Chiffon dahulu,

TIPS PENJAGAAN TUDUNG CHIFFON

📌 Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun bahan pencuci selama 5 minit.
Kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari  tidak terlalu terik).

📌  Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup, usap menggunakan tangan di bahagian yang kotor dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

📌 Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan.

📌 Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.

📌 Cara melipat tudung juga perlu betul. Pastikan jangan melipat bahagian awning tudung, seeloknya simpan menggunakan tapaware atau sangkut mengunakan hangersupaya awning tidak mudah patah.

📌 Jika ada kedutan dibahagian penyepit pastikan menggosoknya menggunakan suhu yang rendah dan hanya di bahagian kedutan sahaja. Elakkan mengosok dibahagian awning tudung kerana akan menjadi tidak sempurna apabila dipakai.

📌 Jika bahagian owning terlipat, basahkan sedikit dengan basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.


Haaa cemana ?? membantu anda semua kan.

Sila comment dan share post ini pada semua orang 🙈🌸.
Tunggukan post admin yang akan datang.. 

Instagram : Ilensa.scarves
fbPage : I-Lensa.Scarves
twitter ; ilensa.scarves


sincerely :
Admin I-Lensa.

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Popular Posts

Flickr Images